Strategi Pertama : Pemasaran Advertorial

Apa Itu Pemasaran Advertorial ?

Advertorial adalah berasal daripada gabungan perkataan Advertising dan Editorial. Advertorial (iklan editorial) merupakan kaedah pengiklanan dalam bentuk editorial yang disiarkan di laman-laman blog, TV, majalah dan akhbar.

Advertorial yang popular di internet adalah melalui website dan laman blog di mana pemilik atau penulis blog akan menulis artikel rivew tentang produk, perkhidmatan, promosi ,event, dan apa sahaja tentang perniagaan anda di blog mereka.

Biasanya penulis blog akan mengenakan bayaran atas khidmad menulis artikel review tentang produk anda yang disiarkan di blog mereka. Bayaran yang dikenakan pula bergantung pada jumlah trafik blog dan populariti blog tersebut. Semakin popular dan tinggi trafik blog tersebut, maka semakin mahal bayaran yang dikenakan kepada pengiklan.

Sebenarnya setiap hari anda telah di hidangkan dengan bermacam-macam advertorial melalui, akhbar, majalah, blog, TV dan lain-lain saluran media secara sedar atau tidak sedar.

Kebanyakan Advertorial ditulis oleh orang yang pakar dalam content markerting sehingga setiap Advertorial kelihatan natural dan tidak kelihatan seperti sedang mempromosikan produk.

Teknik pemasaran Advertorial sangat berkesan kerana setiap Advertorial akan menceritakan suatu masalah dan akan mencadangkan solusi kepada masalah yang mereka sedang alami.

Contoh Advertorial Di Media

 

affiliate-area-visits

affiliate-area-urls-2

affiliate-area-urls-1

affiliate-area-statistics

affiliate-area-settings

affiliate-area-referrals

affiliate-area-graphs

affiliate-area-creatives