Langkah 3 : Buat Pemasaran Advertorial

Apa Itu Pemasaran Advertorial ?

Advertorial adalah berasal daripada gabungan perkataan Advertising dan Editorial. Advertorial (iklan editorial) merupakan kaedah pengiklanan dalam bentuk editorial yang disiarkan di laman-laman blog, TV, majalah dan akhbar.

Advertorial yang popular di internet adalah melalui laman blog di mana pemilik atau penulis blog akan menulis artikel rivew tentang produk, perkhidmatan, promosi ,event, dan apa sahaja tentang perniagaan yang ingin dipromosikan di blog mereka.

Biasanya penulis blog akan mengenakan bayaran atas khidmad menulis Advertorial tentang suatu produk untuk disiarkan di blog mereka. Bayaran yang dikenakan pula bergantung pada jumlah trafik blog dan populariti blog tersebut. Semakin popular dan tinggi trafik blog tersebut, maka semakin mahal bayaran yang dikenakan kepada pengiklan.

Kebanyakan Advertorial di blog ditulis oleh blogger yang pakar dalam content markerting dan SEO markerting sehingga setiap Advertorial kelihatan natural dan mudah tersenarai di engine carian (Google, Bing, Yahoo).

Pemasaran Advertorial di blog sangat berkesan kerana setiap Advertorial yang tersenarai di Google akan dibaca oleh prospek yang berkualiti dan sedang memerlukan produk yang kita tawarkan.

Contoh Advertorial Di Blog

 

hhh

hhh2

hhh3